Saturday, January 5, 2019
WARNA WARNI KEHIDUPAN
Teks : Sariah Awang Senik
http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com
5.1 KASIH SAYANG SEMAKIN PUDAR
Akibat desakan hidup yang makin mendesak ditambah dengan kos kehidupan yang meningkat disana-sini membuatkan pasangan suami atau isteri terpaksa bekerja keras untuk menampung kos kehidupan.
Masing-masing sibuk bekerja.
Bekerja pulak dari pagi hinggalah ke malam. Balik sahaja ke rumah suami dan isteri itu pasti penat dan hanya nak berehat dan buat apa yang sepatutnya.
Baik si suami atau isteri masing-masing terlupa untuk bertanyakan khabar akan keadaan diri pasangan. Semua itu menyumbang kepada sesuatu yang tidak sihat dalam sebuah rumahtangga.
Teringat saya suatu waktu dahulu, dengan keadaan ekonomi rumahtangga yang tak stabil, suami pula bekerja sendiri menyebabkan saya terpaksa mencari alternatif lain untuk membantu bekas pasangan.
Latar belakang pendidikan saya hanyalah setakat SPM sahaja. Dan pekerjaan yang layak bagi saya hanyalah sebagai pembantu kedai sahaja. Ditambah pula faktor umur yang semakin meningkat. Saya pula terpaksa bekerja shift dari pukul 3 petang hinggalah ke malam. Bekas pasangan juga waktu itu suka menghabiskan masa diluar bersama dengan rakan-rakannya.
Apabila saya dan suami makin sibuk dengan hal masing-masing membuatkan hubungan kasih sayang antara kami pudar dengan sendirinya. Setiap kali saya cuba bersuara atau meluahkan segala perasaan, bekas pasangan terus melabelkan saya suka membebel dan sebagainya.
Akhirnya semakin hari kasih sayang antara kami berdua makin pudar dan untuk tak memburukkan lagi keadaan saya mengambil keputusan untuk terus bersabar hadapi semuanya dan serahkan segalanya kepada Allah yang maha esa.
Maka amat penting walau sesibuk mana pun suami dan isteri mereka patut berusaha untuk luangkan lebih banyak masa bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AMARAN
1) E-book ini adalah hak cipta terpelihara Sariah Awang Senik. 2) Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedar atau menjual e-...
-
Teks : Sariah Awang Senik http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com 9.2 SYURGA KECIL Biarpun telah bercerai dan hidup berdikari t...
-
Teks : Sariah Awang Senik http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com 6.3 BERMULA DALAM SERBA KEKURANGAN Walau mempunyai latar bel...
-
1) E-book ini adalah hak cipta terpelihara Sariah Awang Senik. 2) Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedar atau menjual e-...
No comments:
Post a Comment