Sunday, January 6, 2019
PERJALANAN BARU
Teks : Sariah Awang Senik
http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com
7.2 BELAJAR UNTUK LEBIH MEMAHAMI ANAK-ANAK
Siapalah yang berkahwin dan kemudiannya nak bercerai. Mesti inginkan sebuah rumahtangga yang bahagia hingga ke jannah.
Apabila berlaku sahaja satu perceraian dalam rumahtangga, perkara yang paling membimbangkan adalah anak-anak.
Terutamanya anak-anak yang masih kecil dan langsung tak memahami akan segala yang berlaku diantara kedua ibubapa mereka.
Begitulah yang telah berlaku terhadap kedua anak tersayang.
Waktu saya dan bekas pasangan bercerai, anak yang baru sahaja nak memasuki sekolah menengah.
Sejak pergolakan rumahtangga saya dan bekas pasangan bermula, anak yang lelaki berubah menjadi seorang yang semakin pendiam dan suka memendam perasaan. Begitu jugalah dengan pelajaran anak-anak.
Pretasi pelajaran anak-anak makin merosot. Paling tak lupa pertanyaan anak yang lelaki yang meminta untuk tak bercerai. Tapi apalah dayanya kerana waktu itu yang membuat segala keputusan adalah ditangan ayahnya.
Bagi pihak diri saya waktu itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan rumahtangga ini. Namun Allah telah tetapkan yang jodoh hanya sampai disini sahaja.
Sejak bercerai dan belajar untuk kembali membina kehidupan, saya nekad untuk lebih banyak luangkan masa bersama anak-anak tersayang semampu yang boleh.
Jika terlampau sibuk, saya usaha untuk bertanya khabar anak-anak dan juga segala hal yang berkaitan dengan sekolah, kawan dan juga guru-guru mereka.
Apa sahaja yang berlaku adalah hal peribadi diantara saya dan juga bekas pasangan. Seboleh-bolehnya saya tak mahu memburukkan ayah mereka di hadapan anak-anam tersayang.
Biarlah mereka menilai sendiri segala yang telah berlaku diantara saya dan juga bekas pasangan.
Dalam memastikan hubungan anak-anak dan saya makin erat, selalunya saya akan meminta maaf kembali kepada anak-anak kerana tak mampu sediakan segala keperluan mereka selengkapnya.
Dalam masa yang sama saya tetap jua berusaha gigih untuk memberikan yang terbaik buat mereka berdua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AMARAN
1) E-book ini adalah hak cipta terpelihara Sariah Awang Senik. 2) Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedar atau menjual e-...
-
Teks : Sariah Awang Senik http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com 9.2 SYURGA KECIL Biarpun telah bercerai dan hidup berdikari t...
-
Teks : Sariah Awang Senik http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com 6.3 BERMULA DALAM SERBA KEKURANGAN Walau mempunyai latar bel...
-
1) E-book ini adalah hak cipta terpelihara Sariah Awang Senik. 2) Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedar atau menjual e-...
No comments:
Post a Comment