Monday, January 7, 2019
PERJALANAN BARU
Teks : Sariah Awang Senik
http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com
8.2 MAAFKAN DIRI DAN SEMUA ORANG
Tanyalah mana-mana wanita siapalah yang nak bercerai.
Kalau boleh nak rumahtangga yang dibina atas dasar cinta itu kekal bahagia hingga ke jannah.
Keinginan yang sama ada dalam impian saya. Mahukan dan impikan rumahtangga bahagia hingga ke syurga.
Namun kita manusia hanya mampu merancang. Yang lain ditentukN oleh Allah yang maha esa. Jika sudah tiada jodoh, kita berusaha apa pun tetap akan gagal juga. Walau rumahtangga yang dibina atas dasar cinta itu musnah begitu sahaja, saya redha atas segala yang berlaku. Percaya akan ada hikmah juga atas apa yang telah Allah tentukan ini.
Biarpun rumahtangga telah hancur dan segala impian musnah begitu sahaja, sesusah mana tetap akan dihadapi jua. Tak pernah terlintas pun dibenak ini untuk lari dari segala kenyataan hidup. Demi anak-anak tersayang sesuatu harus dilakukan hanya untuk memastikan anak-anak tersayang tidak terabai kasih dan juga sayang.
Bertukar status diri bukanlah alasan saya untuk terus bersenang-lenang. Malah saya perlu mengambil peluang yang ada untuk lebih memperbaiki diri dan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki kehidupan yang tersedia ada. Demi untuk hidup lebih bahagia dan aman tenteram segala rasa amarah, sedih dan kecewa saya perlu lepaskan semuanya. Saya berusaha untuk memaafkan semua orang termasuklah bekas pasangan atau sesiapa sahaja yang pernah melukai hati saya dahulu. Hanya itulah satu-satu cara yang dapat buatkan diri rasa tenang dan tidak membebankan.
Memaafkan orang yang pernah kehidupan kita bertukar menjadi 360 darjah itulah yang saya lakukan. Tak guna terus menyalahkan bekas pasangan. Maafkan sahaja dan serahlah segalanya kepada Allah yang maha esa. Hanya Allah yang lebih tahu siapa yang betul dan juga sebaliknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AMARAN
1) E-book ini adalah hak cipta terpelihara Sariah Awang Senik. 2) Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedar atau menjual e-...
-
Teks : Sariah Awang Senik http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com 9.2 SYURGA KECIL Biarpun telah bercerai dan hidup berdikari t...
-
Teks : Sariah Awang Senik http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com 6.3 BERMULA DALAM SERBA KEKURANGAN Walau mempunyai latar bel...
-
1) E-book ini adalah hak cipta terpelihara Sariah Awang Senik. 2) Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedar atau menjual e-...
No comments:
Post a Comment