Thursday, January 24, 2019

AMARAN



1)  E-book ini adalah hak cipta terpelihara Sariah Awang Senik.

2) Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedar atau menjual e-book ini kepada orang lain.

3) Sebarang tindakan yanar menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

4) Sekiranya anda telah menerima ebook ini tanpa melalui Sariah Awang Senik atau mana-mana pengedar online yang sah anda patut laporkan kepada Sariah Awang Senik.

5)  Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini.

6) Bagi kalian yang mahu serta mengedar ebook ini boleh mendaftar dengan Sariah Awang Senik.

Saturday, January 12, 2019

ULASAN EBOOK PANDUAN ASAS ESSENTIAL OIL


Teks : Sariah Awang Senik

www.panduanasasessentialoil.blogspot.com


Penulis ebook ini bernama Liyana dan berkongsi pengetahuan tentang apa itu Essential Oil. Sebelum ini hanya mendengar tentang Essential Oil tapi tak pernah mengambil tahu lebih lanjut tentang Essential Oil ini.

Essential  Oil adalah minyak pati yang mengantikan pewangi untuk rumah dan sebagainya.
Selain dari itu ada beberpa gred essential oil.
Ada gred A, B dan C dan beberapa gred lagi.

Ada beratus-ratus jenis Essential Oil. Sebahagian darinya digunakan didalam sabun pencuci, pewangi dan banyak lagi.

Ebook ini sangat berguna bagi mereka yang mencari alternatif lain selain dari pewangi yang sedia ada.


ULASAN EBOOK JADILAH REMAJA BERJAYA DAN BAHAGIA


Teks : Sariah Awang Senik


www.jadilahremajaberjayadanbahagia.blogspot.com


Ebook ini ditulis oleh Dr Mahfuzah Zabidi.Melalui ebook ini, beliau berkongsi pengalaman
tentang kisah anak-anak remaja. Anak-anak remaja zaman sekarang yang senantiasa terdedah dengan gejala-gejala negatif.

Antara yang menarik dalam ebook ini ialah kisah seorang anak remaja yang suka membaca.
Tapi sayangnya dia hanya suka membaca buku-buki berkaitan tentang seks sahaja.
Perhatian dan pendedahan yang betul dari orang yang lebih berpengalaman adalah perlu bagi anak-anak remaja sedemikian.

Segala perkongsian beliau  juga mengingatkan saya tentang dua orang yang sedang memasuki pra dewasa dan juga remaja.
Sesungguhnya ebook ini dapat memberi panduan kepada ibubapa bagaimana untuk berhadapan dengan anak-anak remaja saat mereka sedang dilanda konflik ataupun apa sahaja cabaran.

Semoga beliau suksess dan berjaya dalam penerbitan ebook ini.

ULASAN EBOOK MENANTI KEMBANG DAFFODILS


Teks : Sariah Awang Senik

www.menantikembangdaffodils.blogspot.com


Penulis ebook ini bernama Amna Sofea. Namanya sangat indah dan merupakan seorang penulis yang sangat berpengalaman.
Sudah pun mempunyai beberapa siri buku Antologi.

Menjadi seorang penulis juga adalah salah satu impian ibunya yang mahu melihat diri penulis menjadi seorang penulis.

Friday, January 11, 2019

ULASAN EBOOK STRATEGI LANCAR MENULIS


Teks : Sariah Awang Senik

www.strategilancarmenulis.blogspot.com

Membaca ebook ini bagaikan memberi saya lebih banyak lagi tentang ilmu penulisan dan selok-belok tentang penulisan ini. Ditulis oleh Pn Hifzaila dan merupakan seorang penulis yang banyak pengalaman dalam hal-hal berkaitan dengan penulisan.

Pernah juga menjadi seorang Ghostwriter dan juga penterjemahan. Apabila membaca ebook beliau buatkan saya jadi berminat untuk bacanya dengan lebih lanjut lagi.

Kini beliau bertugas sebagai seorang editor, penulis dan perterjemahan bebas di Hif Editorial Service. Bertanggungjawab juga sebagai seorang pembantu Kelas Online Tulis Dan Terbit Ebook.

Melalui ebook ini beliau berkongsi akan segala pengalaman beliau dalam dunia penulisan.
Antara yang menarik dalam entri ebook beliau ialah tentang Bank Idea dan paling membuatkan saya terpikat adalah entri beliau tentang Write To Heal.

Menulis melalui kaedah Write To Heal ini ialah kita menulis dan meluahkan rasa sedih dan kecewa bukan dengan kata-kata tetapi dalam bentuk perkataan.
Itulah cara yang saya gunakan sebagai terapi untuk hilangkan segala stress yang ada.

Entri-entri yang ada sungguh bermanfaat. Dari memilih genre penulisan dan sebagainya.
Insha Allah saya juga berimpian untuk jadi penulis yang bagus macam beliau juga.

Mohon doa juga dari kalian agar permudahkan segalanya untuk mencapainya.

ULASAN E-BOOK KISAH DAN KEHIDUPAN


Teks :  Sariah Awang Senik

E- BOOK KISAH DAN KEHIDUPAN
www.kisahdankehidupan.blogspot.com

Penulis ebook ini bernama Nor Azian dan seorang yang banyak pengalaman mengendalikan pelbagai kes-kes keganasan rumahtangga , anak-anak OKU dan sebagainya. Nama penulis ebook ini ialah Nor Azian dan kini sedang mengurus dan mentadbir sebuah institusi perlindugan kanak-kanak terlantar dan OKU.

Sebelum itu beliau telah lama bekerja sebagai seorang pekerja sosial di JKM dan banyak mengendalikan kes-kes keganasan rumahtangga, anak-anak terbiar dan sebagainya. Entrinya yang berkisar tentang penyakit tekanan jiwa seperti Delutional Disorder juga amat menarik perhatian.

Selain itu kisah remaja OKU yang tinggal di pusat perlindungan sejak kecil juga kisah kerinduan seorang anak kepada ibunya yang tersayang.

Pengalaman beliau memberi inspirasi untuk menulis dan juga berkongsi pengalaman.
Semoga perkongsian beliau dapat memberi manfaat kepada pembaca-pembaca ebook beliau nanti.
Insha Allah.

Wednesday, January 9, 2019

HIJRAH YANG MENDAMAIKAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


10.3   BERJUANGLAH DEMI SEBUAH KEJAYAAN


Sedar dan sangat sedar bahawa segala perjuangan ini bukan mudah.
Menuntut kesabaran dan menguji sebuah keimanan. Apabila cabaran semakin hebat dan terpaksa menempuh pelbagai kesusahan, berdoalah terus dan mintalah semuanya hanya dari Allah.

Makhluk yang Allah pertemukan buat kita dalam perjalanan sebuah perjuangan ini anggaplah bagai satu peringatan buat diri kita. Hati manusia dipegang oleh Allah.
Maka berdoalah terlebih dahulu agar Allah bukakan pintu hati mereka untuk melihat segala kesungguhan untuk mencapai sebuah kejayaan.

Kejayaan yang ingin dicapai bukanlah hanya didunia tapi yang pasti diakhirat kelak.
Perjuangan untuk mencapainya bukanlah mudah. Terdapat banyak dugaan serta rintangan dimana-mana.

Senantiasa berdoa dan mohonlah bersungguh-sungguh agar Allah permudahkan sebuah perjuangan ini. Apabila gagal mencapainya sekarang, teruskanlah lagi perjuangan ini.
Bangkit dengan semangat yang baru dan belajarlah dari sebuah kegagalan.
Kegagalan adalah resipi rahsia bagi sebuah kejayaan.
Walau lambat untuk mencapainya percayalah itu adalah sebahagian dari salah satu proses kejayaan.

Teruskan melangkah dan berjuanglah demi untuk sebuah kejayaan didunia dan akhirat nanti.

HIJRAH YANG MENDAMAIKAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


9.3  HIKMAH SEBUAH KEMAAFAN


Adakah bertambah kebahagiaan ini jika saya masih simpan perasaan marah dan juga dendam?
Membalas segala dendam terhadap orang pernah lukai hidup ini, adakah semuanya berbaloi?

Selama hampir 6 tahun bergelar seorang ibu tunggal, tiada apa yang baiknya membalas kembali segala dendam kerana ianya akan hanya menambah segala dosa yang ada.
Hidup akan menjadi tak tenteram dengan memendam semua perasaan dendam itu.

Pernah juga dinasihatkan oleh seorang rakan agar melepaskan .
segala rasa negatif dan memaafkan sahaja bekas pasangan. Bercakap memang mudah tapi tak semudah melakukannya. Memang sukar. Tapi percayalah tiada manusia yang sempurna. Dan manusia tak sunyi dari melakukan satu kesilapan.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, Musa Bin Imran pernah berkata " Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu?"

Allah SWT menjawab, " Barang siapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam tersebut."

Telah terbukti nyata bahawa Allah telah pun menyediakan ganjaran yang maha besar diakhirat nanti bagi orang-orang yang memberi sebuah kemaafan. Apabila telah redha memaafkan barulah hidup lebih bermakna dan tak terasa bagaikan satu bebanan.

HIJRAH YANG MENDAMAIKAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com

8.3   CABARAN DEMI CABARAN


Diduga berkali-kali dalam mengharungi kehidupan adalah satu cabaran yang maha besar dan bukanlah mudah untuk menghadapinya.
Permulaan diduga dengan cabaran arwah emak yang sakit, pemergian arwah anak yang tersayang, seterusnya arwah bapa mertua dan juga arwah emak mertua.

Kehilangan orang-orang yang tersayang terlalu banyak menguji kesabaran.
Sedar walau sayang macam mana sekalipun, tetap Allah lebih sayangkan mereka semua.

Setelah itu Allah datangkan lagi cabaran yang maha hebat.
Allah duga dengan cabaran rumahtangga yang selama ini terbina atas dasar cinta.
Mungkin ada silap dimana-mana yang terlepas atau memang Allah kurniakan cabaran ini untuk menguji sejauh mana eratnya hubungan kasih sayang diantara saya dan juga bekas pasangan.

Pelbagai cara telah saya usahakan termasuk cuba berbincang dan bertolak ansur dengan bekas pasangan, namun semuanya menemui jalan buntu. Nyata hati bekas pasangan sedang berubah dan menyalahkan saya atas segala apa yang berlaku.

Redha dengan segala ketentuan Allah bahawa jodoh hanya tertulis setakat ini sahaja. Tiada guna menyalahkan sesiapa selain hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala perjalanan yang baru ini.

Untuk membina kembali sebuah kehidupan yang baru bersama anak-anak tersayang bukanlah perkara yang mudah. Perlahan-lahan langkah diatur sebaiknya akan dapat sediakan ruang kehidupan yang terbaik buat anak-anak tersayang. Tahu dan sangat sedar cabaran lebih hebat selepas bercerai kerana terpaksa belajar hidup berdikari dan bersusah-payah terlebih dahulu.

Alhamdulilah selama beberapa tahun selepas itu, barulah kehidupan beransur tenang dan dapat lalui segala cabaran dengan lebih mudah dan paling penting yakin dengan kemampuan diri sendiri.


HIJRAH YANG MENDAMAIKAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


7.3  CINTA YANG BARU


Jatuh cinta pada manusia itu adalah perkara yang biasa. Akan tetapi
jatuh cinta pada apa yang kita ingin capai atau satu impian
mungkin jarang kita dengar. Mungkin ada dan wujud tapi
jarang didedahkan atau dikongsikan.

Selepas beberapa tahun bercerai saya mula fokus dan bina kembali impian untuk menjadi seorang penulis dan juga usahawan online dan juga offline. Minat dan cita-cita ini buatkan saya makin sibuk dan alhamdulillah lupa dengan segala kesedihan yang pernah saya lalui dahulu.

Yalah, sampai bila nak hidup dalam dunia kesedihan dan rasa kekecewaan. Ada baiknya ambil langkah mudah dengan memaafkan dan mendoakan agar semuanya bebaik sahaja. Sejak dari itu saya usaha untuk belajar apa yang patut mengenai bidang penulisan ini.

Walau belum ada rezeki untuk belajar secara lebih serius  tentang ini semua, namun itu semua bukanlah halangan ini.
Berbekalkan minat dan juga peluang yang ada, usaha sebaik yang mungkin untuk buat yang lebih baik.

Bercerai memang menyakitkan kerana telah terputus satu ikatan yang sah antara suami dan isteri. Juga terputuslah secara rasmi hubungan cinta ini.
Tapi Allah kurniakan satu lagi cinta yang baru dan lebih bermakna dari cinta kepada Allah yang maha esa.

Melepaskan dulu hal yang lain dan sekarang terus fokus untuk menulis dan belajar walau terpaksa bersaing dengan yang lebih berpengalaman. Berusaha untuk belajar dari mereka yang lebih lama dalam bidang penulisan.

Insha Allah berjaya atau tak bukanlah persoalan.
Yang penting terus berusaha dan juga berdoa.



Tuesday, January 8, 2019

HIJRAH YANG MENDAMAIKAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


6.3  BERMULA DALAM SERBA KEKURANGAN

Walau mempunyai latar belakang pendidikan yang setinggi mana, namun demi satu impian dan cita-cita segala kekurangan bukanlah lagi halangan.
Sangat sedar akan kemampuan diri. Dan dengan berbekalkan kesedaran yang ada itulah peluang yang ada takkan sekali disia-siakan.

Perjuangan dan langkah untuk mencapai cita-cita ini bukanlah mudah.
Kerana persaingan tetap ada dimana-mana. Demi cita-cita untuk menjadi seorang penulis yang ingin berkongsi lebih banyak kisah kehidupan maka segala cabaran tetap cekalkan hati untuk menghadapinya.

Bermula dengan langkah pertama menulis dan berkongsi segalanya disebuah blog akhirnya peluang untuk menjadi seorang penulis yang lebih baik terbuka luas. Kemudiannya memahirkan diri menulis setiap posting tentang kehidupan dilaman sosial facebook hinggalah ke laman sosial yang lain.

Paling tak lupa pengalaman menaip setiap entri blog tanpa menggunakan laptop. Apa yang ada ketika itu hanyalah satu software Blogspot dan dari situlah saya menaip setiap entri hinggalah selesai.

Setelah selesai menyiapkan sebuah blog itu, maka disitulah saya berkongsi tentang segala yang positif. Cuma satu saat perasaan kita berada dalam keadaan yang agak tak stabil usahalah untuk tak menulis pada waktu itu.

Kini walau masih banyak lagi kekurangan dimana-mana saya tetap juga bersabar hadapi setiap tugasan dengan buat yang lebih baik walau diri banyak kekurangannya. Dalam masa yang sama juga doa dipohon kepada Allah agar segala tugasan berjalan dengan lancar dan berikan yang terbaik.

HIJRAH YANG MENDAMAIKAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


5.3  PERBAIKI HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Allah tahu apa yang terbaik buat semua hambanya.
Walaupun sesuatu perkara yang paling kita benci telah berlaku dalam kehidupan kita, percayalah Allah lebih tahu kemampuan kita untuk menghadapi
sesuatu musibah itu.

Apabila terjadinya sesuatu musibah dalam setiap kehidupan ini, percayalah Allah makin dekat dengan diri kita dan mahu perbaiki diri kita sebagai seorang hambanya yang terpilih untuk menjalani setiap dugaan hidup.


Ada sebab mengapa satu perceraian telah berlaku dalam sesebuah rumahtangga.
Mungkin Allah tidak mahu kita terus hidup dalam keadaan lebih berdosa.
Mungkin juga Allah ingin tegur agar kita kembali kepada dirinya dan bergantung
sepenuhnya  kepada Allah yang maha esa.

Setiap kali dilanda musibah atau dugaan maka tak selamanya hidup seseorang akan selamanya diselubungi kesedihan dan juga keperitan. Rasa sedih, kecewa dan marah akan
beransur-ansur hilang tanpa kita sedari.

Allah mahu kita terus perbaiki dan perbanyakkan segala amalan secara istiqamah dan tidak
terus lalai dengan nikmat yang ada. Masa lapang yang ada bukanlah untuk bazirkan masa begitu sahaja malah ada sahaja masa terluang boleh diisikan dengan amalan zikir, selawat dan juga membaca Al-Quran.

Esok atau lusa kita belum pasti bagaimanakah kehidupan kita kelak. Sementara masih berkesempatan lebih baik teruskan sahaja usaha-usaha untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah yang maha kuasa.

HIJRAH YANG MENDAMAIKAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


4.3    REZEKI

Rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringgit. Sihat dan sakit juga merupakan satu rezeki. Bahkan bertemu rakan-rakan yang baru juga suatu rezeki.

Setelah melalui episode demi episode dalam sebuah perceraian,  syukur alhamdulillah saya telah dipertemukan dengan ramai rakan-rakan baru yang lebih positif dan komited dalam bidang yang mereka ceburi.

Walau hanya berpeluang mengenali mereka hanya secara atas talian tapi ukhwah yang terjalin membantu dan banyak menginsafkan diri. Ada juga diantara mereka yang telah juga melalui pengalaman kehidupan yang lebih hebat dari diri saya sendiri.

Selain itu saya juga telah berkenalan dengan rakan-rakanyang terlibat dalam satu bentuk perniagaan yang baru. Asalnya tak berminat langsung nak menyertai mereka tapi apabila melihat akan kesungguhan dan juga perancangan perniagaan yang baik, maka saya pun membuat keputusan untuk belajar lebih lagi dalam selok-belok perniagaan secara online dan juga offline.

Disamping itu saya berkesempatan berkenalan dengan mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang penulisan. Secara jujur ada yang dah agak lama kenal namun tak berkesempatan untuk ambil tahu lebih lagi tentang segala perkara berkaitan dengan penulisan.
Apabila memikirkan yang usia semakin bertambah dan rasa perlu buat sesuatu yang lebih baik dalam bidang yang diminati maka saya nekad untuk belajar lagi dan buat segala tugasan tanpa berikan banyak alasan.

Jika difikirkan balik memberi dan mencipta sebuah alasan semakin melambatkan langkah langkah dalam mencapai satu kejayaan. Maka apa sahaja hadap dan lakukan dahulu. Berjaya atau tidak biarlah Allah yang tentukan segalanya.
Insha Allah.

HIJRAH YANG MENDAMAIKAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


3.3  ATURAN ALLAH ITU MAHA BAIK


Bergelar seorang ibu tunggal bukanlah satu gelaran yang diimpikan oleh semua wanita.
Setiap dari kita perlu merancang sebuah kehidupan tetapi yang menentukan hanyalah Allah yang maha esa.

Sama ada bercerai ataupun tidak segalanya telah ditentukan oleh Allah yang maha esa.
Setelah bercerai ada banyak perkara baru yang selama ini saya terlepas pandang. Dan yang paling mengejutkan barulah nampak peluang disebalik sebuah kesakitan.

Bukankah aturan Allah maha lebih baik dari segalanya?

Ya, ada sebab Allah aturkan kita sedemikian rupa. Mungkin dia hendak kita selalu dekat kepadaNYA, nak kita selalu sedar akan tujuan asal kita dan sebagainya. Namun apa yang saya nampak setelah bercerai banyak perkara baru yang selama ini saya terlepas pandang.

Antaranya ialah minat saya dalam bidang penulisan yang selama ini saya abaikan. Seingat saya dulu saya memang suka menulis diari, menulis karangan dan juga apa saja yang berkaitan dengan penulisan. Mujurlah waktu itu saya berada dalam kelas sastera dan berminat juga membaca puisi dan sebagainya.

Kini setelah bercerai saya punyai banyak masa untuk mempelajari ilmu penulisan ini walau tahu latar belakang pendidikan taklah setinggi mana. Jika ada kemahuan apa saja kekurangan yang ada dalam diri janganlah sesekali dijadikan alasan.

Biarkan saja apa yang orang nak kata tentang diri kita. Mereka takkan memahami segala kesusahan dan juga impian kita yang sebenarnya. Tetapkan niat kita untuk membuat satu kebaikan demi siapa dan yang paling penting dapat beri manfaat dan pengajaran buat rakan-rakan yang lain.

Alhamdulilah saya rasa sangat bersyukur walau kesedaran tentang semua dipertemukan dalam usia yang semakin meningkat dan terpaksa bersaing yang lagi hebat, saya yakin rezeki tetap ada dimana-mana jua.

Maka benarlah ada sebab Allah aturkan perjalanan hidup sedemikian rupa.

Monday, January 7, 2019

HIJRAH YANG MENDAMAIKAN



Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com

2.3   MEMBINA KEMBALI SATU IMPIAN

Sebenarnya apabila berlaku sahaja satu perceraian, maka itulah satu rezeki dari Allah untuk kita kembali perbaiki segala kelemahan diri dan juga dapat belajar lagi banyak perkara yang baru.
Memang setelah bercerai keadaan hidup akan menjadi kelam kabut dan serba tak kena.
Tapi percayalah semua perasaan itu hanyalah sementara sahaja.

Usahalah untuk berdamai dengan diri sendiri dan cubalah untuk selesaikan masalah yang ada satu persatu. Setelah semua masalah selesai, carilah peluang disebalik sebuah perceraian.

Perkataan perceraian itu sendiri ada maksud yang sangat mendalam.

P- Perlu buat satu perubahan dalam kehidupan
E- Elakkan menghukum diri sendiri
R- Redha dan terimalah segalanya dengan jujur dan ikhlas
C- Cari peluang disebalik perceraian
E- Ego tak menguntungkan diri sendiri
R- Rawatlah dan pulihkan semangat yang ada
A- Anda berhak untuk hidup lebih bahagia
I- Impian bakal jadi kenyataan
A- Anak-anak kekuatan paling utama
A- Anda ada hak untuk tentukan kebahagiaan yang tersendiri
N - Nak atau tak wajib untuk berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.

Maka disebalik kesakitan sebuah perceraian terselit jua satu impian untuk sebuah lagi kehidupan yang baru juga dengan diri yang baru dan semangat yang baru.

BAB 3 HIJRAH YANG MENDAMAIKAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com

3.1  APABILA TELAH REDHA

Semua yang telah terjadi dalam kehidupan kita telah ditentukan oleh Allah yang maha esa.
Jangan dipersoalkan mengapa Allah pilih kita untuk melalui semua dugaan ini.
Yakinlah setiap apa yang berlaku dalam kehidupan rumahtangga, telah Allah tetapkan segalanya.

Percayalah walau satu perceraian itu adalah satu mimpi ngeri boleh jadi itulah jalan yang paling terbaik buat suami dan isteri dari terus menanggung dosa. Kenyataannya perceraian adalah satu perkara yang amat menyakitkan.

Jika telah bercerai suka atau tak kita harus mengharungi semuanya.
Terimalah apa yang telah Allah aturkan buat kita dan juga anak-anak.
Redha bermaksud menerima semua yang berlaku kerana Allah yang maha esa dan percaya ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku.

Ketika kita sudah redha atas segala yang berlaku, maka setiap perjalanan untuk membina sebuah kehidupan taklah terasa membebankan.
Dan semua yang kita aturkan akan berjalan lancar dan jayanya.

PERJALANAN BARU


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


10.2  SATU PESANAN

Hadapilah kenyataan jika anda telah ditakdirkan bercerai.
Usah lari dari kenyataan kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada kehidupan kita.

Ada baiknya kita sahut cabaran bahawa walau telah bercerai, kita mampu hidup dan capai segala impian yang diimpikan selama ini.  Usahalah untuk mendidik dan membesarkan sendiri anak-anak. Kerana anak-anaklah kekuatan seorang yang bergelar ibu tunggal.

Bukanlah mengalakkan sebuah perceraian, tetapi jika satu perceraian telah ditakdirkan dalam kehidupan kita, maka bersabarlah dan kembali kepada Allah yang esa. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan kepada kita.

Nikmatilah setiap detik sedih, perit dalam satu kehidupan yang serba asing. Jangan pernah mengalah dan bersabar dalam menghadapi apa jua cabaran dalam satu kehidupan yang baru.

Tak perlu buang masa jelaskan kepada setiap orang mengapa perceraian berlaku dalam rumahtangga kita. Kerana punca perceraian dalam setiap rumahtangga adalah tak sama.
Paling utama jangan sesekali rasa rendah diri dan juga terabai.

PERJALANAN BARU


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


9.2 SYURGA KECIL

Biarpun telah bercerai dan hidup berdikari tak bermakna kehidupan yang dilalui tak membahagiakan. Sebenarnya kebahagiaan ada dimana-mana dan yang paling penting ada dalam diri kita sendiri.


Kita punya banyak pilihan untuk memilih. Memilih untuk terus hidup bersedih ataupun bangkit dengan semangat yang baru dan juga kehidupan yang baru. Jika difikirkan akan segala kesusahan, yakinlah ada ramai lagi insan yang susah dan derita hidupnya.

Tanpa seorang yang bergelar suami, kita juga sebenarnya mampu hidup lebih bahagia dan ceria. Kasih sayang seorang yang bernama suami takkan kekal selamanya. Dengan sebab itilah kita digalakkan untuk selalu berdoa, agar hubungan kasih sayang suami isteri kekal bahagia selamanya.

Permulaan episode perceraian  keadaan memang agak kucar-kacir. Perkara pertama yang harus diambil berat dan rawat dahulu adalah diri kita sendiri. Kembalilah kepada Allah dan mohon pertunjuk dari Allah yang maha esa. Beri juga masa kepada anak-anak untuk sesuaikan diri dengan keadaan yang baru agak anak-anak tak terkejut dengan suasana yang baru itu.

Berusahalah bersama dengan anak-anak untuk jadikan kehidupan yang kecil itu bagaikan satu syurga kecil. Biarpun kecil dan tanpa seorang yang bergelar ayah dan juga suami, kebahagiaan dan keceriaan itu tetap ada. Senantiasalah berdoa dan jangan lelah untuk berusaha yang terbaik buat anak-anak tersayang.

PERJALANAN BARU


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


8.2  MAAFKAN DIRI DAN SEMUA ORANG


Tanyalah mana-mana wanita siapalah yang nak bercerai.
Kalau boleh nak rumahtangga yang dibina atas dasar cinta itu kekal bahagia hingga ke jannah.
Keinginan yang sama ada dalam impian saya. Mahukan dan impikan rumahtangga bahagia hingga ke syurga.

Namun kita manusia hanya mampu merancang. Yang lain ditentukN oleh Allah yang maha esa. Jika sudah tiada jodoh, kita berusaha apa pun tetap akan gagal juga. Walau rumahtangga yang dibina atas dasar cinta itu musnah begitu sahaja, saya redha atas segala yang berlaku. Percaya akan ada hikmah juga atas apa yang telah Allah tentukan ini.

Biarpun rumahtangga telah hancur dan segala impian musnah begitu sahaja, sesusah mana tetap akan dihadapi jua. Tak pernah terlintas pun dibenak ini untuk lari dari segala kenyataan hidup.  Demi anak-anak tersayang sesuatu harus dilakukan hanya untuk memastikan anak-anak tersayang tidak terabai kasih dan juga sayang.

Bertukar status diri bukanlah alasan saya untuk terus bersenang-lenang. Malah saya perlu mengambil peluang yang ada untuk lebih memperbaiki diri dan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki kehidupan yang tersedia ada. Demi untuk hidup lebih bahagia dan aman tenteram segala rasa amarah, sedih dan kecewa saya perlu lepaskan semuanya. Saya berusaha untuk memaafkan semua orang termasuklah bekas pasangan atau sesiapa sahaja yang pernah melukai hati saya dahulu. Hanya itulah satu-satu cara yang dapat buatkan diri rasa tenang dan tidak membebankan.

Memaafkan orang yang pernah kehidupan kita bertukar menjadi 360 darjah itulah yang saya lakukan. Tak guna terus menyalahkan bekas pasangan. Maafkan sahaja dan serahlah segalanya kepada Allah yang maha esa. Hanya Allah yang lebih tahu siapa yang betul dan juga sebaliknya.

Sunday, January 6, 2019

PERJALANAN BARU


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com

7.2  BELAJAR UNTUK LEBIH MEMAHAMI ANAK-ANAK

Siapalah yang berkahwin dan kemudiannya nak bercerai. Mesti inginkan sebuah rumahtangga yang bahagia hingga ke jannah.
Apabila berlaku sahaja satu perceraian dalam rumahtangga, perkara yang paling membimbangkan adalah anak-anak.

Terutamanya anak-anak yang masih kecil dan langsung tak memahami akan segala yang berlaku diantara kedua ibubapa mereka.
Begitulah yang telah berlaku terhadap kedua anak tersayang.
Waktu saya dan bekas pasangan bercerai, anak yang baru sahaja nak memasuki sekolah menengah.

Sejak pergolakan rumahtangga saya dan bekas pasangan bermula, anak yang lelaki berubah menjadi seorang yang semakin pendiam dan suka memendam perasaan. Begitu jugalah dengan pelajaran anak-anak.

Pretasi pelajaran anak-anak makin merosot. Paling tak lupa pertanyaan anak yang lelaki yang meminta untuk tak bercerai. Tapi apalah dayanya kerana waktu itu yang membuat segala keputusan adalah ditangan ayahnya.

Bagi pihak diri saya waktu itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan rumahtangga ini. Namun Allah telah tetapkan yang jodoh hanya sampai disini sahaja.

Sejak bercerai dan belajar untuk kembali membina kehidupan, saya nekad untuk lebih banyak luangkan masa bersama anak-anak tersayang semampu yang boleh.
Jika terlampau sibuk, saya usaha untuk bertanya khabar anak-anak dan juga segala hal yang berkaitan dengan sekolah, kawan dan juga guru-guru mereka.

Apa sahaja yang berlaku adalah hal peribadi diantara saya dan juga bekas pasangan. Seboleh-bolehnya saya tak mahu memburukkan ayah mereka di hadapan anak-anam tersayang.
Biarlah mereka menilai sendiri segala yang telah berlaku diantara saya dan juga bekas pasangan.

Dalam memastikan hubungan anak-anak dan saya makin erat, selalunya saya akan meminta maaf kembali kepada anak-anak kerana tak mampu sediakan segala keperluan mereka selengkapnya.
Dalam masa yang sama saya tetap jua berusaha gigih untuk memberikan yang terbaik buat mereka berdua.


PERJALANAN BARU


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com

6.2  YAKIN DIRI BOLEH

Bercerai hanya terlerai satu ikatan sah diantara suami dan juga isteri.
Tapi ingatlah ianya bukan pengakhir sebuah kehidupan.
Kehidupan yang ada haruslah diteruskan seperti biasa dan yakinlah bahawa masih ada bahagia dan hikmahnya disebalik sebuah perceraian tersebut.

Usah habiskan masa mengeluh, merintih dan meminta simpati dari orang lain.
Sebaliknya mengadulah kepada Allah dan berserah sepenuhnya kepada tuhan yang maha esa.

Satu masa dahulu saya pernah lalui keadaan yang sama. Asyik menyalahkan diri sendiri dan mempersoalkan kenapa diuji sedemikian rupa. Hinggalah saya sedar, yang terlalu banyak masa telah terbuang begitu sahaja, sedangkan dalam masa yang sama masih ada anak-anak dan juga keluarga tersayang yang saya perlu lebih berikan perhatian.

Maka secara tak langsung saya harus paksa diri dan lupakan semuanya dan fokus sepenuhnya terhadap masa depan anak-anak dan juga keluarga tersayang.
Dan syukurlah  sepanjang tempoh itu, perlahan-lahan rasa lebih yakin akan lebih bahagia bersama anak-anak tersayang.

PERJALANAN BARU


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


5.2   SABAR SAAT DI UJI


Bukan mudah nak bersabar saat diuji dengan sesuatu yang paling tak kita sukai.
Tak pernah terbayang akan bertukar status sebagai seorang ibu tunggal.
Mungkin juga tuhan sedang menguji untuk tahu sejauh mana kebergantungan saya kepada Allah yang maha esa.

Sabar dari sudut pandangan Islam adalah salah satu sifat mahmuddah yang perlu ada dan mesti wujud dalam setiap diri seorang yang bergelar makhluk Allah. Malah Allah telah menjanjikan pelbagai ganjaran bagi orang-orang yang bersabar setiap kali diuji dengan dugaan yang maha besar.

Telah disebut dalam Al-Quran akan sepuluh ganjaran orang-orang yang bersabar saat diuji.
Antara sepuluh ganjaran tersebut itu ialah, diampunkan segala dosa-dosa di akhirat nanti, diberikan ganjaran pahala tanpa batas, mendapat selawat dan rahmat dari Allah yang maha esa dan juga banyak lagi ganjarannya.

Tahu bukan mudah juga untuk terus kekal sabar setiap kali diasak dengan pelbagai dugaan .
Dikhianati , dihina dan sebagainya. Hendak membalas balik segala kejahatan yang orang dah lakukan kepada kita memang tiada kesudahannya. Lagipun semua itu akan hanya menambah segala dosa yang telah tersedia ada.

Hakikatnya dengan kekalkan sifat sabar dalam diri akan dapat menghindarkan diri daripada perbuatan-perbuatan yang tak sepatutnya.

PERJALANAN BARU


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


4.2  BELAJAR HIDUP BERDIKARI

Bukan senang untuk membina kembali sebuah kehidupan yang baru setelah berbelas tahun hidup bersama. Namun kita hanya mampu merancang dan tuhanlah yang menentukan.
Tak pernah termimpi ataupun terbayang bahawa bergelar seorang ibu tunggal saat anak-anak masih kecil dan tidak mengerti akan pergolakan yang dihadapi oleh kedua orangtua nya ini.

Sebenarnya bukan mudah membina semuanya kembali.
Memandangkan keadaan diri yang taklah semewah mana. Yang ada hanya satu pekerjaan tetap dan sedikit kemahiran yang lain.

Permulaan perceraian, keadaan diri dan anak-anak agak terumbang-ambing.
Berusaha untuk bangkit semula walau permulaannya sangat sukar. Apabila terpandangkan wajah anak-anak juga seakan hilang kasih dan sayang seorang ayah, maka saya terpaksa lebih kuat demi anak-anak tersayang.

Bermula dengan menumpang seketika bersama adik sebelum mengambil keputusan untuk hidup sendiri bersama dengan anak-anak. Tak lama selepas itu saya bekerja semula dengan majikan lama, mencari rumah sewa yang sederhana dan fokus untuk bina semula impian yang baru bersama anak-anak.

Belajar untuk uruskan segalanya sendiri, termasuklah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan persekolahan anak-anak. Pergi dan balik kerja berjalan kaki sendiri termasuklah juga menghantar anak-anak ke sekolah.

Bahaya memang ada dimana-mana. Mengenangkan akan semua risiko itu, setiap hari tak pernah berputus asa saya berdoa agar anak-anak dan saya dijauhkan dari segala musibah yang tak diingini.

Selain itu saya juga berusaha mencari alternatif lain untuk menampung perbelanjaan anak-anak yang sedang bersekolah.
Menjahit, memasak sambal juga menulis adalah aktiviti-aktiviti yang saya lakukan supaya masa senantiasa terisi dan tak memikirkan apa yang telah berlaku dalam kehidupan saya sebelum ini.

Alhamdulilah, sekarang anak yang lelaki sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik Kuantan sementara anak yang perempuan bersekolah menengah agama di Slim River Perak. Semoga segala susah payah ini ada hikmahnya  dan dapat membentuk diri menjadi lebih tahan lasak hadapi apa jua cabarannya.

WARNA WARNI KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


10.1 PERGINYA SEMUA INSAN YANG TERSAYANG


Satu hari nanti kita semua akan kembali kepada Allah yang maha esa.
Bila, pukul berapa dan dimana, hanya Allah yang lebih mengetahuinya.
Sementara masih ada waktu, maka perbanyakkanlah amalan dan istiqamahlah dalam mengerjakan segala ibadah.

Dahulu saya tak sangka akan kehilangan arwah emak tersayang dalam tempoh yang amat singkat. Seingat saya waktu itu, saya sedang menunggu keputusan SPM dan bekerja sementara menunggu keputusan peperiksaan keluar.

Arwah emak memang dah lama sakit. Ditambah dia tidak membuat rawatan susulan secara lebih terperinci kerana nak mencuba kaedah rawatan tradisional. Rupanya rawatan tersebut tidak berkesan dan penyakit kanser payudara arwah makin teruk.

Setelah beberapa kali rawatan susulan dan walau payudaranya telah dibuang sebelah, semua virus kanser telah pun merebak ke paru-paru arwah emak. Paling saya tak lupa waktu arwah emak meninggal hanya saya seorang sahaja yang mengiringi pemergian arwah emak.

Hanya Allah sahaja yang tahu , bagaimana rasanya kehilangan orang yang disayangi buat pertama kali dalam kehidupan ini. Bagaikan tiada bersemangat dan rasa tidak berpijak dibumi yang nyata. Sejak itu, tinggallah saya, abah dan juga dua adik yang ketika itu masih bersekolah menengah.

Kemudian Allah duga lagi dengan kehilangan arwah anak sulung yang tersayang.
Mengidap penyakit Billiary Aretesia ataupun penyakit yang berkaitan dengan saluran hempedu. Masa itu doktor pakar telah pun memberitahu bahawa jangka hayat arwah takkan bertahan lama. Paling lama mungkin dalam setahun ataupun dua tahun bergantung kepada keadaan kesihatan arwah anak.

Bagaikan satu keajaiban, jangka hayat arwah anak agak panjang sedikit. Arwah anak meninggal dalam usia yang hampir mencecah tiga tahun lebih. Dalam tempoh tersebut, saya hamil anak kedua dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat sihat.
Aturan Allah maha cantik dan tepat pada masanya.

Allah kurniakan saya anak yang kedua dan arwah kakaknya dijemput pulang kepada maha penciptaNya. Ketika arwah kakak meninggal, adiknya yang lelaki masih kecil lagi. Masih tak memahami apa-apa dan sudah tentulah takkan ingat akan arwah kakaknya itu.
Sejak itu saya berusaha yang terbaik untuk mendidik anak lelaki sebaik yang mungkin.

Tak lama dalam beberapa tahun itu, arwah bapa mertua pulak sakit lemah jantung. Bermulalah lagi episode berulang alik ke hospital dan bagaikan teringat kembali akan semua memori di hospital ini.
Kemudian arwah bapa mertua pun meninggal dunia. Selang beberapa tahun selepas itu arwah emak mertua pulak sakit. Kekurangan darah putih itulah penyakit arwah emak mertua. Sepanjang tempoh itu, adik iparlah yang banyak bersusah payah berkorban masa dan tenaga menjaga arwah mak mertua tersebut.

Ingatkan orang yang terlantar sakit pergi dahulu. Rupa-rupanya tidak sama sekali.
Adik ipar kemalangan dijalan raya sehari sebelum Adilfitri menjelang. Dilanggar lari oleh seorang penumpang motorsikal yang leka bermain hphone ketika itu.
Patutlah beberapa sebelum arwah adik ipar meninggal dia pernah tinggalkan pesan jika ada apa-apa berlaku kepada dirinya mohon jaga arwah mak mertua sebaik yang mungkin.

Setelah itu arwah mak saudara, arwah bapa saudara pun meninggal. Semua adik-beradik arwah emak. Sekarang yang tinggal hanya dua orang sahaja mak saudara. Semua yang telah pergi itu, Allah lebih sayangi mereka.
Saat ini keluarga tersayang, adik-beradik , saudara-mara dan juga anak-anaklah yang harus lebih dihargai.

Termasuk juga semua sahabat yang rapat juga yang agak kurang dikenali.
Nyata kehidupan yang kita lalui teramat singkat. Bila-bila masa sahaja Allah akan menjemput kita pulang ke pangkuannya.

Saturday, January 5, 2019

WARNA WARNI KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


9.1  SUKA DUKA MENJAGA ANAK YANG SAKIT


Setiap pasangan suami dan isteri inginkan cahayamata yang comel cerdik dan sihat.
Tapi jika sebaliknya bertabahlah dan usahalah untuk terima kenyataan bahawa kita adalah insan yang dipilih oleh Allah untuk menjalani ujian kehidupan ini.

Arwah anak tersayang Siti Nur Balqis Ahmad Roslan memang telah lama meninggal dunia kerana penyakit Billiary Aretesia. Penyakit yang berkaitan dengan saluran hempedu dan sangat sukar dikesan sejak arwah anak dilahirkan.

Segala memori indah tentang arwah anak tersayang masih segar dalam ingatan ini.
Menjaga arwah anak semasa sakit taklah sama seperti mana menjaga anak-anak yang normal. Apa sahaja keadaan yang berlaku kepada arwah anak walau perkara yang kecil bakal mendatangkan bahaya yang sangat besar kepada arwah anak tersayang.

Setiap bulan ataupun dua bulan sekali, arwah anak perlu dibawa ke hospital Pediatrik Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan susulan. Dan setiap kali itulah abahnya terpaksa cuti ataupun cuti kecemasan.

Memandangkan keadaan arwah yang sangat sensitif perlu untuk selalu peka kepada setiap perubahan yang berlaku kepada arwah.
Pelbagai sudut harus diambil kira termasuk segala aktiviti yang saya habiskan bersama dengan arwah anak.

Setiap kali tiba rawatan susulan, setiap kali itulah darahnya diambil dan arwah anak terpaksa menahan kesakitan setiap kali jarum dicucuk ke pergelangan tangannya. Ada masanya dia merengek-rengek. Kadang-kadang dia hanya memerhatikan sahaja apa yang doktor atau jururawat lakukan terhadap dirinya.

Sesekali kalau angin arwah anak tak berapa baik, dia dengan selamba sahaja menepis jarum yang telah dicucuk ke pergelangan tangannya.
Memang keadaannya sakit, tapi semangatnya untuk melawan penyakitnya tak pernah menyerah kalah.

Banyak kenangan suka dan duka bersama arwah anak tersayang itu. Keinginan arwah anak untuk bertemu dengan adiknya buat kali terakhir juga tak kesampaian.
Arwah anak meninggal pada hari Jumaat tahun 2000.
Dah hampir 19 tahun berlalu tapi segalanya masih lagi segar dalam ingatan seorang ibu ini.

WARNA WARNI KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


8.1. JADI EGO UNTUNG ATAU RUGI

Ego adalah satu sikap keakuan yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa fikirkan perasaan hati orang lain. Ada masa ego juga boleh memusnahkan sebuah rumahtangga.
Setengah orang pula ada  yang sanggup memikul segalanya demi kerana sikap ego ini.
Tak mahu bertolak ansur dan sukar meminta maaf daripada orang lain.

Pendek kata tiada apa yang untungnya dengan bersikap ego ini.
Hanya memburukkan lagi keadaan dan lebih parah banyak rumahtangga yang musnah kerana hanya bersikap ego.

Pernah jugalah saya melaluinya sendiri dengan bekas pasangan yang sikapnya agak ego sedikit. Paling susah untuk selesaikan segalanya.
Dan kerana sikap ego jugalah yang membawa kepada sebuah perceraian ini.

Memang talak terletak di tangan seorang yang bernama suami tapi itu bukanlah bermakna si suami sesuka-hati untuk memberi talak kepada seorang yang bernama isteri.

Dalam sebuah kehidupan rumahtangga, amat penting untuk saling faham sesama sendiri, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri.

Jadi kesimpulannya tiada untung mana bersikap ego malah lebih merugikan keseluruhan kehidupan.

WARNA WARNI KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


7.1   KENANGAN ARWAH EMAK TERSAYANG

Lama jugaklah arwah emak telah meninggal. Tapi segala kenangan pahit dan juga manis masih segar dalam ingatan saya ini. Arwah meninggal kerana penyakit Kanser Payudara tahap 4.
Waktu itu tak banyak pendedahan tentang penyakit kanser payudara ini.
Pada peringkat permulaan penyakit emak taklah seteruk mana. Disebabkan arwah emak tak mendapat rawatan awal dan ingin usaha sendiri berubat kampung maka itulah sebabnya virus kansernya makin merebak.

Sebenarnya arwah emak adalah seorang ibu yang sangat tegas dan agak cerewet terutama dalam bab masak-memasak. Selain memasak arwah emak pandai mengemas rumah dan juga menjahit. Waktu kecil-kecil dahulu arwah emak suka membuat baju tidur saya dan juga adik-adik.

Tetapi sekali kalau tak dengar nasihat dia dan buat apa yang disuruh, maka sehari suntuklah saya dan adik-adik terpaksa mendengar alunan bebelan arwah emak saya itu.
Sebenarnya dia buat macam itu bukan sebab tak sayang. Semua yang dilakukan hanya untuk mengajar saya dan adik-adik lebih berdikari.

 Paling saya tak lupa kenangan tentang arwah emak adalah masakan dan juga segala nasihat yang tak pernah arwah emak rasa jemu setiap kali menasihati saya dan juga adik-adik.
Masa sekolah dulu saya juga pernah dirotan oleh arwah emak. Sesekali pernah juga kena rotan dengan abah juga. Biasalah masa sekolah dulu agak nakal dan suka buat perkara-perkara yang arwah emak tak berapa suka.

Apa pun alhamdulillah berkat kena rotan dan juga bebelan arwah emak telah menjadikan saya sebagai seorang manusia yang tahan lasak setiap kali menghadapi apa jua dugaan.
Alhamdulilah.  Al-Fatihah buat arwah emak tersayang Siti Rokiah Abdul Kadir.

WARNA WARNI KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukanmusibah.blogspot.com


6.1   HADIAH TERINDAH DARI TUHAN


Anak adalah pengikat hubungan kasih sayang diantara suami dan isteri. Anugerah Allah ini jugalah bakal penyeri sebuah rumahtangga. Namun tak semua pasangan bertuah dikurniakan anak selepas berkahwin.

Masih saya ingat, setelah setahun bernikah bersama dengan bekas pasangan, saya dan pasangan belum lagi ada rezeki untuk menimbang cahayamata sulung kami. Pelbagai cara telah dilakukan termasuklah rawatan moden dan juga tradisional. Walau apa saja cara dalam masa tempoh itu belum juga nampak tanda-tanda yang saya mengandung.

Dalam masa yang sama saya dan pasangan tak pernah lelah untuk terus berusaha gigih dan menyerahkan segalanya kepada Allah yang maha esa.
Alhamdulilah berkat usaha dan doa, akhirnya pada tahun ketiga perkahwinan, saya telahpun disahkan mengandung.

Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Sepanjang tempoh tiga bulan mengandung, saya mengalami alahan yang agak teruk. Asyik muntah-muntah dan tidak gemar makan diluar.

Mujur jugalah bekas pasangan pandai memasak walaupun tak sesedap mana. Genap sembilan bulan saya mengandung akhirnya pada tanggal 26.11. 1996 lahirlah seorang puteri, hadiah dari Allah yang saya dan bekas pasangan namakan sebagai Siti Nur Balqis Binti Ahmad Roslan.

Puteri sulung kami ini dilahirkan pada waktu sebelum subuh di hospital terdekat di daerah Tanjung Malim Perak. Dilahirkan secara normal dan waktu itu belum nampak ada tanda-tanda pelik pada puteri Balqis kami ini.

Hinggalah balik sahaja kerumah, puteri kami disahkan kuning dan terpaksa membawanya semula ke hospital. Namun walau demam kuningnya agak berkurangan tetapi dia kerap menangis pada waktu malam dan sukar tidur malam. Sementara itu warna kuning dimata putih, warna air kencingnya makin berwarna kuning. Bimbang jika anak sulung kami bertambah teruk, kami membawanya ke hospital dan doktor menyatakan yang kami perlu membawa anak sulung kami berjumpa doktor pakar Pediatrik di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Sampai sahaja di hospital Pediatrik itu bermulalah pelbagai episode baru dalam kehidupan kami suami dan isteri. Dalam usia anak yang tak sampai beberapa bulan, dia terpaksa melalui satu pembedahan di dalam perut untuk membuat satu saluran ke hempedunya.

Apa pun kita hanya merancang dan berusaha. Sementara Allahlah yang tentukan segalanya.
Pembedahan ini tak berjaya dan sejak itulah dia menjalani pelbagai rawatan susulan bagi memantau tahap kesihatan anak perempuan kami.

Dia hanya mampu bertahan dan tak sempat menjalani pembedahan besar iaitu pembedahan pemindahan hati diantara saya dan juga anak.
Semakin hari keadaan kesihatan makin merosot sehinggalah arwah anak meninggal pada 6 Oktober tahun 2000.

Sesungguhnya arwah anak adalah hadiah yang terindah dari Allah yang maha esa.
Tuhan kurniakan saya dan pasangan anak yang paling istimewa dan beri peluang pada saya dan pasangan untuk mengumpul seberapa banyak pahala buat bekalan diakhirat nanti.
Insha Allah.

WARNA WARNI KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


5.1 KASIH SAYANG SEMAKIN PUDAR

Akibat desakan hidup yang makin mendesak ditambah dengan kos kehidupan yang meningkat disana-sini membuatkan pasangan suami atau isteri terpaksa bekerja keras untuk menampung kos kehidupan.

Masing-masing sibuk bekerja.
Bekerja pulak dari pagi hinggalah ke malam. Balik sahaja ke rumah suami dan isteri itu pasti penat dan hanya nak berehat dan buat apa yang sepatutnya.

Baik si suami atau isteri masing-masing terlupa untuk bertanyakan khabar akan keadaan diri pasangan. Semua itu menyumbang kepada sesuatu yang tidak sihat dalam sebuah rumahtangga.

Teringat saya suatu waktu dahulu, dengan keadaan ekonomi rumahtangga yang tak stabil, suami pula bekerja sendiri menyebabkan saya terpaksa mencari alternatif lain untuk membantu bekas pasangan.

Latar belakang pendidikan saya hanyalah setakat SPM sahaja. Dan pekerjaan yang layak bagi saya  hanyalah sebagai pembantu kedai sahaja. Ditambah pula faktor umur yang semakin meningkat. Saya pula terpaksa bekerja shift dari pukul 3 petang hinggalah ke malam. Bekas pasangan juga waktu itu suka menghabiskan masa diluar bersama dengan rakan-rakannya.
Apabila saya dan suami makin sibuk dengan hal masing-masing membuatkan hubungan kasih sayang antara kami pudar dengan sendirinya. Setiap kali saya cuba bersuara atau meluahkan segala perasaan, bekas pasangan terus melabelkan saya suka membebel dan sebagainya.

Akhirnya semakin hari kasih sayang antara kami berdua makin pudar dan untuk tak memburukkan lagi keadaan saya mengambil keputusan untuk terus bersabar hadapi semuanya dan serahkan segalanya kepada Allah yang maha esa.

Maka amat penting walau sesibuk mana pun suami dan isteri mereka patut berusaha untuk luangkan lebih banyak masa bersama.

WARNA WARNI KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


4.1  BUKAN YANG TERBAIK

Apabila telah agak lama berumahtangga, adakalanya sebagai seorang isteri atau suami ada masanya kita lupa untuk berikan yang terbaik buat pasangan kita. Mungkin kita fikir semakin kita hidup bersama-sama bersusah payah membina kehidupan dari segi kewangan dan segalanya kita makin sibuk dengan tanggungjawab kita sendiri.

Contohnya, suami dan isteri yang sibuk bekerja dan apabila pulang sahaja ke rumah terpaksa pulak melayani karenah anak-anak dan masing-masing sibuk dengan hal yang tersendiri.

Si isteri sibuk didapur memasak, mengemas rumah dan dalam masa yang sama si suami juga penat seharian di pejabat dan inginkan layanan dan juga perhatian dari si isteri.
Dalam masa yang sama isteri juga penat melakukan segalanya dan berharap suami dapat memahami dan sesama bekerjasama membantu uruskan rumahtangga .

Begitulah halnya yang berlaku dalam rumahtangga saya dahulu.  Bukan nak mengaibkan bekas suami sendiri tapi itulah hakikat yang berlaku dalam rumahtangga saya.
Pada fikiran saya suami memahami situasi saya namun telah berlaku masalah yang lain.

Fikir saya lagi, selama ini saya telah berkorban banyak perkara dan mustahil bekas pasangan meninggalkan saya. Namun Allah tetap jua akan menguji hamba-hamba untuk melihat sejauh mana eratnya hubungan kasih sayang antara kami suami dan isteri.

Mungkin juga saya bukanlah yang terbaik buat bekas pasangan ataupun saya telah terlepas pandang dimana-mana. Segigih mana saya berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga ini, telah tertulis bahawa jodoh saya dan bekas pasangan hanya sampai disini sahaja.

Friday, January 4, 2019

WARNA WARNI KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


3.1 APABILA TIMBUL SATU KONFLIK

Bukanlah namanya sebuah rumahtangga jika tak dilanda sebarang dugaan. Tapi bagaimana setiap pasangan suami atau isteri itu menghadapi dugaan yang ada. Jika saling bertolak ansur faham antara satu sama lain, mungkin konflik yang timbul diantara suami dan isteri itu dapat diatasi dengan sebaiknya.

Kalau sebaliknya berkemungkinan besar konflik yang dihadapi akan menjadi bertambah sukar. Apa sahaja masalah yang wujud diantara suami atau isteri janganlah dipandang remeh. Paling penting jangan disimpan rasa tak puas hati sesama sendiri sebegitu lama.

Kerana jika dibiarkan bimbang akan menyebabkan masalah yang lebih besar dan menambah lagi dosa yang ada.
Bukanlah saya nak memandai-mandai mengajar sesiapa tapi apa yang berlaku adalah melalui pengalaman sendiri dan berharap dapat memberi manfaat buat sesiapa sahaja yang membaca entri ini.

Sebaiknya apabila timbul sesuatu konflik segeralah untuk selesaikannya secara baik dan berusahalah untuk berbincang antara suami dan isteri sebaiknya.

Segala konflik yang wujud itu sebenarnya adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana rasa kasih dan sayang antara suami dan juga isteri. Insha Allah jika segala masalah yang wujud antara suami dan isteri dapat diselesaikan secara baik tanpa perlu memutuskan satu ikatan perkahwinan yang sah.

Thursday, January 3, 2019

PERJALANAN BARU


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com

3.2  PENTINGNYA KEKAL POSITIF

Setelah mengharungi pelbagai episode kedudukan, adalah sangat penting untuk kita buat keputusan untuk teruskan kehidupan yang sedia ada.
Sampai bila nak habiskan masa fikirkan nasib diri, asyik salahkan diri dan mempersoalkan kenapa Allah pilih kita untuk menjalani semua dugaan yang memeritkan ini.

Dengan hanya senantiasa fikir positif sahajalah semua dugaan yang berlaku dalam kehidupan kita akan dapat diatasi.
Percayalah apa terjadinya satu perceraian itu bukanlah penamat kehidupan, malah telah bermula lagi satu episode kehidupan yang baru.

Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk senantiasa kekal positif ialah:

1) Perbaiki hubungan dengan Allah yang maha esa. Dugaan yang berlaku bukanlah satu musibah tapi adalah satu teguran kasih sayang dari Allah yang maha esa.
2) Perbanyakkan amalan seperti zikir, selawat, sedekah dan juga solat-solat sunat.
3) Cari kawan-kawan baru yang senantiasa suka lakukan perkara-perkara kebaikan.
4) Jaga pemakanan dan banyakkan amalan minum air suam dan elakkan dari meminum air berkarbonat.
5) Lakukan lebih banyak aktiviti seperti berjogging, berjalan kaki dan juga senaman yang lain.

Semua aktiviti  diatas sedikit sebanyak dapat membantu diri agar lebih istiqamah untuk senantiasa kekal positif.

Wednesday, January 2, 2019

PERJALANAN BARU


Teks : Sariah Awang Senik

http://perceraianbukansatumusibah.blogspot.com


2.2  PROCES TUNTUTAN NAFKAH ANAK

Perlu juga diingat apabila satu perceraian telah berlaku, banyak perkara yang harus kita fikirkan sebagai seorang ibu tunggal ambil serius.
Antaranya ialah soal nafkah anak.

Hampir kebanyakan wanita yang telah bercerai akan memohon kebenaran dari mahkamah tentang hak jagaan anak dan sebagainya.
Ada baiknya sebagai ibu tunggal kita berusaha untuk besarkan dan didiklah anak-anak kita sendiri.

Janganlah kita halang bekas pasangan untuk bertemu dengan anak-anak.
Biarkan anak-anak terus bersangka baik terhadap ayah mereka.
Elakkan menerapkan nilai-nilai negatif anak-anak kepada dan biarkan anak-anak menilai sendiri pandangan mereka terhadap apa yang telah berlaku diantara ayah dan juga diri kita sendiri.

Untuk pengetahuan semua anak-anak sekarang makin bijak menilai segala apa yang berlaku dalam kehidupan kedua ibubapa.
Maka sangat penting bagi ibu atau bapa untuk senantiasa berfikiran positif.

Selain dari penjagaan anak-anak perkara yang paling penting sekali adalah nafkah anak-anak.
Jika masih boleh berbincang secara baik dengan pasangan dan bertolak ansur, alhamdulillah. Dan kalau sebaliknya masih ada lagi cara yang terbaik untuk mendapatkan hak yang sepatutnya buat anak-anak tersayang.

Contohnya membuat tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah.
Ada proces-procesnya yang tertentu. Cara untuk membuat tuntutan nafkah anak adalah seperti berikut:
a) Pergi ke mahkamah syariah berdekatan.
b) Bawak sekali sijil kelahiran anak-anak, surat perakuan persekolahan, ic anak jika ada, ic ibu ataupun bapa, sijil sah perceraian .
c) Isi borang permohonan tuntutan nafkah anak. Jika masih lagi tak faham, bertanyalah terus kepada kerani yang sedang bertugas.
d) Setelah borang permohonan lengkap terus bagi pada kerani yang bertugas untuk diprocess.
Jika kurang yakin untuk terus bercakap dengan hakim untuk membuat permohonan nafkah anak, bolehlah memohon bantuan untuk mendapatkan khidmat guaman.
e) Jika kurang mampu untuk mendapatkan khidmat bantuan yang biasa, bolehlah membuat permohonan mendapatkan khidmat Biro Bantuan Guaman. Dalam dua atau tiga tahun yang lepas untuk dapatkan khidmat Biro Bantuan Guaman mestilah ke pejabat Biro Bantuan Guaman yang terletak di Plaza Perangsang di Shah Alam.
f) Setelah selesai dan lengkap semua surat permohonan, maka barulah kes tuntutan nafkah anak disebut di Mahkamah Syariah.
Ada beberapa process lagi yang perlu dilalui sebelum kes tuntutan nafkah dibicarakan , antaranya ialah process melantik peguam jika menggunakan khidmat Biro Bantuan Guaman.

Agak lama juga perbicaraan kes tuntutan nafkah anak ini.
Kalau dulu dalam masa lebih kurang dua tahun.
Dan tak pasti dengan keadaan sistem undang-undang syariah yang terkini.

BAB 2 PERJALANAN BARU


Teks : Sariah Awang Senik

http://perceraianbukansatumusibah.blogspot.com

 1.2   STATUS DIRI


Perkara pertama apabila telah sah sahaja satu perceraian, maka secara automatik status diri seorang wanita pun berubah.
Berubah dari gelaran seorang isteri kepada seorang ibu tunggal ataupun janda.
Bergelar ibu tunggal ini bukan gelaran yang diimpi-impikan oleh hamba Allah yang bernama wanita.

Saya sendiri tak pernah terfikirkan akan diri yang telah pun bertukar status.
Rata-rata semuanya nampak begitu asing kepada diri saya.

Yang paling teruk adalah pandangan masyarakat kita terhadap status diri seorang janda.
Pada hati wanita yang lain yang bernama isteri, gelaran janda atau ibu tunggal ini bagaikan satu ancaman yang paling besar.

Bimbang jika suami-suami mereka akan tergoda dengan seorang ibu tunggal.
Memang keadaan akan bertambah sukar dan menyulitkan keadaan. Ada juga ibu tunggal yang mengalami tekanan perasaan dan mungkin membuat perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Rasa rendah diri, kecewa, sedih dan marah semuanya bercampur-campur.
Apa pun berusahalah untuk bangkit dari semua rasa yang negatif itu.
Jangan terlalu lama bersedih dan buang masa mencari salah sendiri.

Perkara pertama kembalilah kepada Allah yang maha esa dan yakinlah apa sahaja yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.
Mungkin segala yang Allah tetapkan kita langsung tak menyukainya tetapi dari sudut yang lain, itulah jalan yang paling terbaik.

Allah nak kita kembali kepadaNYA dan terus memohon ampun dan berdoa agar semua yang berlaku dipermudahkan.
Memang kita masih lagi rasa janggal untuk sesuaikan status diri yang telah berubah menjalani kehidupan bersendirian kembali.

Jika ada anak-anak, pandanglah wajah anak-anak sepuasnya . Tataplah wajah mereka yang polos tanpa memahami segala apa yang telah berlaku.
Anak-anak takkan pernah faham apa yang bergolak antara ibu dan ayah mereka.
Apa yang pasti anak-anak terpaksa berpisah kasih sayang dengan ayah yang selama ini menjadi wira dalam hati mereka.

Cari kekuatan diri sendiri apabila kita terus fikirkan tentang soal anak-anak.
Jika masih lagi buang masa fikirkan nasib status diri yang telah berubah maka kita telah melambat-lambatkan satu proses pemulihan bukan sahaja diri sendiri malah anak-anak tersayang.
Saya sendiri memberi ruang kepada diri untuk pulih dan terus bangkit bersemangat demi anak-anak tersayang. Semasa tempoh iddah selama tiga bulan dan juga selepas tempoh iddah itulah saya terus berfikir apakah perkara yang sepatutnya saya lakukan.
Segala-galanya bukan mudah. Cabaran tetap ada.
Seboleh-bolehnya berusahalah untuk kembali membina kehidupan yang baru bersama anak-anak tanpa adanya seorang yang bernama suami.

Jikalau boleh janganlah kembali menyusah atau menbebankan kedua ibubapa kita.
Berusahalah untuk yakinkan kedua ibubapa bahawa kita mampu berdikari dan membina satu kehidupan yang lebih baik malahan lebih baik dari kehidupan yang bernama seorang isteri.
Insha Allah.

WARNA WARNI KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com

1.2  CABARAN DALAM PERKAHWINAN


Apabila telah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri, sedarlah yang ikatan cinta dengan diakhiri dengan satu perkahwinan bukanlah penamat akan kisah cinta tersebut.
Sedarlah bahawa seorang suami mahupun isteri wajib memelihara rasa cinta dihati masing-masing setiap hari.

Bukan membiarkan bunga cinta itu terus terkulai layu. Pupuklah rasa kasih dan cinta setiap hari. Luangkan lebih banyak masa bersama dan tak semestinya habiskan masa dengan sebuah percutian . Kadangkala aktiviti harian seperti menguruskan rumah tangga , habiskan masa bersama anak-anak dapat membuatkan hubungan suami atau isteri itu bertambah erat.

Setiap kali masa dihabiskan bersama secara tak langsung hubungan suami atau isteri itu bertambah mesra.
Apa pun dalam sebuah rumahtangga pada tahap awal perkahwinan iaitu pada tahun pertama hinggalah ketiga dan kelima itulah masih dalam proses untuk mengenal siapakah sebenarnya pasangan yang sangat kita cintai itu.

Adakah dia dapat menerima segala kelemahan dan kekurangan kita sebagai seorang isteri seadanya?
Jika pasangan tidak pernah merungut atau marah maka itulah tandanya dia sudah belajar menerima akan diri isterinya seadanya.

Dan kalau sebaliknya, maka teruslah berdoa agar tak terjadi sesuatu yang lebih buruk dalam sebuah rumahtangga.

Dugaan dalam perkahwinan tetap akan ada dan wujud setiap masa.
Dengan segala dugaan itulah yang bakal mengajar diri suami dan isteri akan lebih matang menjalani kehidupan berumahtangga.

Sama jugalah apa yang telah berlaku dalam kehidupan rumahtangga saya.
Mungkin juga dugaan yang berlaku itu adalah teguran kasih sayang dari Allah yang maha esa.

Bukanlah nak membuka aib rumahtangga sendiri bahawa segala dugaan yang berlaku itu mungkin taklah seteruk insan-insan yang lain.
Alhamdulillah sepanjang hidup berumahtangga banyak jugalah cabaran yang telah saya lalui.

Antaranya diduga dengan kelewatan mengandung dan menimbang cahaya mata sulong.
Pemergian arwah ibu tersayang.
Setelah mempunyai anak, diduga pula dengan anak yang mengidap penyakit Biliary Aretesia  pemergian arwah bapa dan ibu mertua yang sakit dan kemudiannya meninggal dunia, diduga dengan pemergian adik ipar tersayang yang meninggal dalam kemalangan langgar lari.

Selain dari itu dugaan dengan bekas pasangan yang berhenti kerja dan membuat sesuatu keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan diri saya.
Bukanlah nak kata semuanya salah bekas pasangan, mungkin juga ada salah diri saya sendiri.

Terpaksa menerima seadanya akan kekurangan diri bekas pasangan yang suka merungut dan agak panas baran.
Dalam hati senantiasa berdoa, agar sikap dirinya akan berubah tak lama lagi.
Dari hari ke sehari, diri pasangan masih juga berkeadaan yang sama.

Bila keadaan makin bertambah parah dan sukar untuk berbincang secara baik, bekas pasangan mengambil langkah yang paling drastik dan terus membuat keputusan sendiri.

Maka terjadilah satu perceraian tanpa rela walau jauh disudut hati ketika itu masih menebal rasa kasih kepada bekas pasangan. Berusaha juga untuk memujuk bekas pasangan, tapi apalah daya diri ini kerana talak telah Allah tetapkan terletak ditangan seorang yang bergelar suami.

Peringkat permulaan teramat perit. Hanya Allah sahaja yang tahu akan segala keperitan dan kesusahannya.

Syukur jugalah keluarga dan juga rakan-rakan memahami dan tak pernah jemu-jemu memberi sokongan moral dan mencadangkan beberapa perkara setelah sah bertukar gelaran seorang yang bernama ibu tunggal atau janda.

BAB 1 : WARNA WARNI KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik

http://berceraianbukansatumusibah.blogspot.com



1.1 INDAHNYA JATUH CINTA

Apabila menjalani satu kehidupan pasti kita ingin rasa disayangi dan juga menyayangi akan seseorang. Jujurnya perasaan cinta yang berputik itu terasa amat indah dan mengasyikkan sekali.
Setelah melalui beberapa proses kehidupan akhirnya saya bertemu dengan seseorang tanpa sengaja.

Asalnya taklah berapa berkenaan sangat sebab sikap dirinya yang suka mengusik dan juga membuli saya. Namun tanpa sedar semakin hari hubungan makin akrab tambah kami bekerja dibawah satu pejabat.

Setelah agak lama berkawan akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk mengakhiri hubungan ini dengan sebuah ikatan perkahwinan yang sah.
Hanya tuhan sahaja yang bagaimana rasa bahagia dan bangganya ketika itu kerana hubungan percintaan ini bakal berakhir dengan sebuah ikatan yang sah dan terlindung dari segala fitnah dan perkara yang tidak diingini.

Alhamdulillah masih segar di memori walau telah berbelas tahun lamanya saya sah bergelar seorang isteri pada tanggal 25.12.1994.
Syukur teramat sangat dan pastinya saya tak putus berdoa agar ikatan perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke jannah.

Apa pun sebagai manusia dan hambanya kita hanya mampu merancang dan tuhanlah yang tentukan segalanya.
Allah maha lebih tahu apa yang terbaik buat semua hambanya walau ketika itu kita amat benci akan sesuatu yang telah terjadi dalam kehidupan ini.

Percayalah Allah lebih tahu akan segalanya.
Kita hanya merancang dan tuhanlah yang menentukan segalanya.

Tuesday, January 1, 2019

PENGENALAN



Teks : Sariah Awang Senik

http://perceraianbukansatumusibah.blogspot.com


Tiada siapa yang bernikah dan kemudiannya bercerai. Semua wanita tak kira bangsa dan agama semuanya ingin hidup bahagia bersama pasangan yang dicintainya.
Tapi itulah manusia. Kita hanya mampu merancang dan tuhanlah yang tentukan segalanya
Dan tiada siapa yang menduga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta akhirnya musnah begitu sahaja.

Apa pun saat setiap dugaan yang melanda sebuah rumahtangga, percayalah itu sebenarnya bukanlah satu musibah.
Mungkin ada silap kita dimana-mana tanpa kita sedari.
Dan dugaan itu adalah satu teguran kasih sayang dari Allah yang maha esa.

Setiap dugaan dalam rumahtangga semuanya adalah tak sama.
Lain rumahtangga lainlah dugaannya.

Apa pun usah rasa seperti sudah berakhirnya kehidupan andai rumahtangga diduga dengan sebuah perceraian.
Kerana musibah itu sebenarnya bermulalah lagi satu episode kehidupan yang lebih bermakna dan indah.

Mohon doakan juga agar dapat menulis dan berkongsi segala yang bermanfaat buat pertama kalinya dalam menulis ebook sendiri.

Tujuan penulisan ebook ini adalah untuk memberi sokongan dan juga semangat buat wanita-wanita yang sedang melalui proces perceraian ataupun yang baru sahaja sah bergelar seorang ibu tunggal atau janda.

Menyedarkan wanita-wanita yang baru sahaja bercerai bahawa perceraian bukanlah berakhirnya kehidupan malah bermula lagi satu episode baru dalam sebuah kehidupan.

Selain itu dengan perkongsian pengalaman saya dapatlah membantu dan memberi tunjuk ajar apakah perkara-perkara penting yang perlu dilakukan sebaik sahaja sah bercerai.

BIODATA PENULIS





Teks :Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://berceraibukansatumusibah.blogspot.com


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Semoga yang sudi singgah membaca segala entri diblog saya ini dikurniakan kesejahteraan dan juga rezeki yang melimpah ruah.
Terima kasih juga buat Pn Masayu Ahamd kerana sudi memberi peluang dalam process menerbitkan ebook sulung buat pertama kalinya.

Mungkin ada kekurangan dimana-mana dan hanya maaf dipinta atas segala kekurangan diri ini. Izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu sebelum meneruskan penulisan saya yang sebenarnya.

Berasal dari Kuala Lipis Pahang dan sekarang hampir berumur 45 tahun. Dah agak berumur sebenarnya jika dibandingkan dengan rakan-rakan penulis yang lain. Mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah rendah dan menengah di daerah tercinta Kuala Lipis Pahang.
Dan yang bestnya dahulu saya dan penyanyi no 1 negara Datuk Siti Nurhaliza,  belajar dalam sekolah yang sama. Waktu Datuk Siti di tingkatan 1, saya sudah pun berada dalam tingkatan 5. Seingat saya Datuk Siti dan abangnya memang agak aktif menyanyi di daerah kesayangan saya itu.

Berkelulusan SPM dan bersekolah di Sekolah Menengah Clifford Kuala Lipis Pahang. Mula berminat dengan penulisan sejak dibangku sekolah lagi. Yang mana satu dahulu sangat suka mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga Sastera.

Kehidupan pada waktu itu tidaklah sesenang mana. Ayah pula hanya bekerja di KTM dan gajinya tidaklah sebanyak mana. Tambah pula dengan keadaan arwah emak yang sedang sakit.

Itulah sebabnya saya nekad untuk terus bekerja setelah mendapat keputusan peperiksaan SPM. Sebenarnya saya teringin sekali untuk belajar lagi. Memandangkan keadaan arwah emak yang lebih banyak perlukan perbelanjaan perubatan yang tinggi maka saya tangguhkan dahulu niat untuk belajar lagi.


Perkerjaan pertama saya pada waktu itu adalah bekerja sebagai seorang pembantu jualan di salah sebuah pasaraya di jalan Tuanku Abdul Rahman. Hanya beberapa bulan selepas itu saya berhenti dan bekerja pulak di sebuah kedai menjual ayam yang telah diproses .
Agak lama jugalah bekerja dikedai tersebut sebelum saya mendapat kerja sebagai seorang kerani disalah sebuah syarikat Jepun yang menguruskan penghantaran barang secara eksport dan juga import.
Yang banyak memberi pertolongan waktu itu adalah bapa saudara yang juga bekerja di aliran perkerjaan yang sama tetapi berlainan syarikat.

Bertahun lama juga bekerja di syarikat eksport dan import sehinggalah saya berkahwin dan juga mempunyai anak.

Semenjak saya mengandung dan melahirkan seorang anak, waktu itu saya telah pun berhenti kerja dan hanya bekerja dari rumah dengan mengambil upah menjahit secara kecil.
Bukanlah menjahit baju, hanya membantu jiran menjahit jahitan tulang belut dan juga mata lalat.

Selain gemar menjahit, saya juga suka meluangkan masa membaca buku dan juga menulis. Apabila ada sahaja masa lapang saya akan menulis coretan pada apa yang berlaku setiap hari juga segala aktiviti yang telah saya lakukan setiap hari.

Secara jujurnya minat menulis ini telah ada sejak dibangku sekolah lagi, cuma semuanya tertanggung sejak saya berkahwin dan sibuk urusan menjaga arwah emak dan kemudiannya arwah anak tersayang.

Begitulah serba sedikit tentang diri saya. Sehingga kini saya masih bekerja sebagai seorang pembantu kedai di sebuah hentian rehat dan rawat PLUS. Harapan saya dengan catatan serba ringkas ini maka akan terjalinlah satu jalinan ukhwah kepada setiap pembaca yang sudi singgah membaca di entri ini.

Untuk yang terakhir kalinya saya mohon maaf andai ada penulisan dalam setiap entri blog ini yang telah menyinggung perasaan semua yang sudi singgah membacanya.

Ini adalah ebook saya yang pertama dan mohon juga doa dari semua sahabat agar setiap penulisan ebook ini berjalan dengan lancar.


Sekian
Sariah Awang Senik


AMARAN

1)  E-book ini adalah hak cipta terpelihara Sariah Awang Senik. 2) Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedar atau menjual e-...